Sunday, May 12, 2013

Apakah Itu Bekam?

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُ


Apakah Terapi Bekam?

Bekam dalam bahasa Melayu bermaksud buang darah atau buang angin. Dalam bahasa Inggeris ia dikenali sebagai Cupping dan dalam bahasa Arab ia dikenali sebagai Al Hijamah.

Bekam merupakan salah satu cara perubatan (thibbun Nabawi) yang diamalkan oleh Rasulullah s.a.w dan para sahabat. Rasulullah s.a.w mengikhtiraf bekam sebagai perubatan yang paling baik untuk merawat (curative) atau mencegah (preventive).

“Sebaik-baik perawatan ialah dengan berbekam” (Hadis Sahih)

Dari Ibnu Abbas r.a:

"Kesembuhan itu terdapat pada 3 perkara iaitu minum madu, sayatan alat bekam dan "kay" dengan api. Sesungguhnya aku melarang umatku dari "kay". (Hadis Sahih Bukhari)

Friday, April 26, 2013

Salam perkenalan :)


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ

Alhamdulillah, kini blog rasmi Pusat Terapi Bekam Sunnah Al-Hajari telah kami siapkan bagi memudahkan khalayak mendapatkan makluman, perkembangan terbaru seterusnya mendapatkan kepakaran bekam berasaskan sunnah di tempat kami.

sebarang maklumbalas dan cadangan amat dialu2kan. semoga anda berpuashati dengan perkhidmatan kami.

Ayuh berbekam - badan sihat, sunnah pun dapat!