Sunday, May 12, 2013

Apakah Itu Bekam?

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُ


Apakah Terapi Bekam?

Bekam dalam bahasa Melayu bermaksud buang darah atau buang angin. Dalam bahasa Inggeris ia dikenali sebagai Cupping dan dalam bahasa Arab ia dikenali sebagai Al Hijamah.

Bekam merupakan salah satu cara perubatan (thibbun Nabawi) yang diamalkan oleh Rasulullah s.a.w dan para sahabat. Rasulullah s.a.w mengikhtiraf bekam sebagai perubatan yang paling baik untuk merawat (curative) atau mencegah (preventive).

“Sebaik-baik perawatan ialah dengan berbekam” (Hadis Sahih)

Dari Ibnu Abbas r.a:

"Kesembuhan itu terdapat pada 3 perkara iaitu minum madu, sayatan alat bekam dan "kay" dengan api. Sesungguhnya aku melarang umatku dari "kay". (Hadis Sahih Bukhari)

Kaedah bekam adalah detoksifikasi (buang racun) yang sesuai dan selamat tanpa kesan sampingan. Caranya adalah dengan mengeluarkan kumbahan darah kotor yang mengandungi toksik dari permukaan kulit dengan menggunakan sedutan cawan bekam dan sayatan pisau atau tusukan jarum.

Toksid adalah endapan racun yang tidak boleh disaring oleh tubuh. Ia berasal daripada pencemaran air dan udara, zat pewarna dalam makanan, perisa tambahan, pengawet, racun serangga pada sayuran, suntikan hormon pada binatang ternakan, gaya hidup yang kurang sihat seperti merokok, menagih dadah dan mengamalkan ubat-ubatan kimia sintetik.

Toksid yang tidak dikumuhkan dari badan melalui najis dan perpeluhan akan berkumpul di bawah permukaan kulit. Lama kelamaan, toksik yang terkumpul itu akan kembali masuk ke dalam salur darah. Natijahnya salur darah akan tersumbat. Maka darah bersih yang mengandungi nutrin tidak dapat beredar ke seluruh badan dengan lancar. Ketika itu, kita akan merasa kebas-kebas dan lenguh di setiap sendi tangan dan kaki. Malah, jika berlarutan toksid yang menyumbat di pembuluh darah itu akan menyebabkan darah diracuni seterusnya mengubah pH darah dan suhu darah. Ketika itu, pesakit tersebut akan diserang penyakit kardiovaskular seperti sakit jantung, darah tinggi dan strok. 

Sesungguhnya thibbun nabawi iaitu bekam adalah bersumberkan wahyu Allah melalui kekasihNya Nabi Muhammad s.a.w pada peristiwa Israk dan Mikraj. Ulama membahaskan kenapa perintah itu diturunkan pada peristiwa yang besar. Ini bermakna perintah itu adalah sesuatu yang hebat kesannya pada manusia. Allah mencipta dan membentuk manusia. Maka Allah juga tahu anatomi tubuh kita serta apa yang bermanfaat maupun yang membahayakan. Allah telah tunjukkan saranan pengubatan terbaik buat hambanya seperti bekam, madu dan susu. Manusia ynag beriman akan sentiasa memilih formula Allah.

" Tidaklah aku berlalu di hadapan sekumpulan malaikat pun pada malam ketika aku diisrakkan, kecuali masing-masing dari mereka pasti mengatakan kepadaku, "Muhammad, hendaklah kamu berbekam!" (Hadis Ibnu Abbas)

Oleh yang demikian, cara apakah lagi yang dapat mengeluarkan darah kotor dari tubuh badan manusia kalau bukan dengan berbekam? Ada cara lain iaitu dengan pengubatan moden dari barat yang lebih menggunakan bahan kimia, melibatkan operasi bedah dan membawa kesan sampingan. Namun, terapi bekam adalah jauh lebih murah, mudah dan berkesan sesuai diamalkan oleh seluruh masyarakat baik miskin atau kaya walau apa juga agama. 







No comments:

Post a Comment